CHANGLUN: Tidak sampai 48 jam memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Menurut beliau yang menang jawatan berkenaan tanpa bertanding pada Pemilihan UMNO Penggal 2023-2026 Sabtu lalu, tindakan berkenaan diambil susulan dirinya dinafikan hak atas jawatan terbabit bagi membuat beberapa keputusan penting ketika pemilihan dan mesyuarat peringkat bahagian berlangsung.
Dakwanya lagi, usahanya untuk membanteras penipuan ketika proses pengundian juga telah dinafikan dengan beberapa cadangan seperti penggunaan pen merah dan pengenalan calon yang bertanding juga tidak dilaksanakan.
Selain itu, Zulkifli turut menyatakan bahawa usahanya untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di bilik pengiraan undi dengan menggunakan duit poket sendiri juga ditolak mentah-mentah.
Tambahnya, sikap yang diambil Setiausaha Bahagian juga dikatakan telah merendah-rendahkan kedudukan beliau memandangkan dirinya dianggap sebagai 'orang baharu' di dalam organinasi UMNO Kubang Pasu.
"Saya (juga) pada hari pengundian (telah) meminta kertas undi lebihan daripada (keseluruhan) kehadiran (perwakilan untuk disimpan), sebagai contoh UMNO Kubang Pasu perwakilan ada 684 orang, kehadiran 578 orang, jadi (kertas undi bagi) yang tidak hadir saya minta kertas itu diberikan kepada saya agar tidak disalah guna.
"(Permintaan itupun) dinafikan juga, jadi hak saya dimana sebagai Pengerusi Tetap, saya (hanya) jadi puppet (atau boneka kepada Setiausaha UMNO Kubang Pasu)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media khas yang diadakan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Napoh, di sini pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Zulkifli memaklumkan bahawa keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tetap adalah sebagai satu tindakan yang mengutamakan integriti agar dirinya tidak terpalit serta dianggap bersubahat dengan gerakan tertentu yang bertindak untuk menipu perwakilan.
"Saya bukan apa, saya cuba lakukan yang terbaik, ini dalam usaha kita hendak memilih pemimpin UMNO di Kubang Pasu ini, biarlah kita jujur kepada perwakilan, sebab kita akan hadapi PRN, kalau dari segi kita atur pemilihan (pun sudah) ada penipuan dan diatur oleh kuasa eksekutif, jadi sampai bila UMNO akan build up reputation (parti)," katanya lagi.
Tambahnya, pemakluman mengenai perletakan jawatan berkenaan telah dihantar kepada Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Aminuddin Omar petang semalam melalui aplikasi WhatsApp.
Manakala surat rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada UMNO Bahagian Kubang Pasu, Badan Perhubungan UMNO Kedah, dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) dalam masa terdekat.
Abd Hadi Che Awang
Mon Mar 20 2023
Zulkifli ditemui ketika sidang media khas yang diadakan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Napoh, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - Pemangku Sultan Johor
Kerajaan Persekutuan perlu menerima hakikat Laporan Bank Dunia berhubung kedudukan terkini pelajar negara ini.
Surat kepada 7 wakil rakyat Bersatu dihantar minggu depan
Notis tersebut akan dihantar serentak kepada semua wakil rakyat terlibat sejurus PRK Kuala Kubu Baharu selesai.
Thailand senarai semula ganja sebagai narkotik
Kementerian Kesihatan diminta untuk meminda peraturan dan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
Bekas pemenang kasut emas Liga Super doakan Faisal Halim
Ayron Del Valle titip kata-kata semangat buat Faisal Halim agar segera diberikan kesembuhan.
Kajian UNICEF: Aspek paling parah dalam kemiskinan
'Ranjau Sepanjang Jalan'', tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023. Bagaimana untuk mengenal pasti setiap dimensi dalam kemiskinan yang kritikal di Malaysia dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.